Normal Larger Largest Normal Blue Green Red
    Saiz Teks:     Warna Teks:

ID/ Emel Pengguna

Daftar Sekarang!

Kata Laluan

Lupa kata laluan

Info Portal Perak

Portal Perak Negeri Perak merupakan platform untuk seluruh warga Perak menggunakan kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Perak kepada rakyat secara atas talian.

Portal Perak menyediakan khidmat seperti:
  1. Maklumat am tentang setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  2. Senarai semakan prosedur bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  3. Borang-borang yang dirangkaikan (hyperlink) kepada setiap PBT dan PTG/PDT di Negeri Perak.
  4. Penyeragaman perkhidmatan antara agensi negeri.
  5. Perkhidmatan diatur mengikut kategori untuk kemudahan semua.
  6. Permohonan terus secara atas talian.
  7. Menyediakan penjejakan secara online permohonan atas talian.
  8. Menyediakan laporan statistik dan pengurusan/pentadbiran untuk pegawai/pentadbir yang berkenaan.
Komuniti Sasaran
  1. Kumpulan sasaran eperkhidmatan ini adalah meliputi penduduk Negeri Perak.
  2. Tiga komuniti besar berikut telah dipilih akan mendapat manfaat daripada projek ini:
    • a. Agensi-agensi dan jabatan-jabatan negeri Perak
    • b. Rakyat berpengetahuan di negeri Perak
    • c. Komuniti Perak yang lain melalui Pusat Komuniti IT seperti Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M), Kampung Tanpa Wayar (KTW) dan Mini RTC
Matlamat dan Objektif Projek
  1. Membolehkan pengelektronikan perkhidmatan awam kerajaan Perak.
  2. Memodernisasikan, menyatukan dan mengatur semula pelbagai initiatif kesemua agensi dan jabatan kerajaan
  3. Membina satu pusat komuniti untuk mengakses perkhhidmatan awam terhadap meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.
  4. Memupuk tabiat dan budaya komuniti menggunakan perkhidmatan atas talian melalui Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M), Kampung Tanpa Wayar (KTW) dan Mini RTC.
  5. Bagi membolehkan penglibatan komuniti secara elektronik ke arah pengawalan yang baik.
  6. Menggalakkan pernyertaan transaksi antara Kerajaan-kepada-Masyarakat (G2C) dan Kerajaan-kepada-Perniagaan (G2B).
Manfaat
  1. Komuniti boleh mengakses perkhidmatan secara bebas/tanpa halangan melalui satu pusat atas talian (online center).
  2. Rakyat boleh berkomunikasai dengan kerajaan dalam perlbagai cara, iaitu:
    • a. Maklumbalas - Rangkaian untuk memberi cadangan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dalam Portal Perak.
    • b. Forum - membolehkan rakyat menghantar mesej dan komen.
  3. Menggalakkan hubungan proaktif antara kerajaan dan masyarakat (G2C).
  4. Membolehkan kerajaan Negeri Perak memperbaiki tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat.
  5. Menggalakkan penyertaan daripada masyarakat melalui jawatankuasa kerja PKIT.
  6. Mengurangkan ruang digital bagi penduduk Negeri Perak.



Pelawat   -    Harian: 1,113  |   Bulanan: 23,382  |   Jumlah: 672,096  |   Dikemaskini: 18/10/2018  |   Muat Turun: 28,138



Pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui portal ini. Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua
jenis pelayar web dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.

Hakcipta © Portal Perak 2014