Normal Larger Largest Normal Blue Green Red
Pautan: Saiz Teks: Warna Teks: Pilihan Bahasa daftar masuk

Info Gerbang Mesra

Gerbang Mesra Negeri Perak ialah platform atau tempat untuk seluruh warga Perak menggunakan kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Perak untuk rakyatnya.

GMR menyediakan khidmat seperti:
  1. Maklumat am tentang setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  2. Senarai semakan prosedur bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  3. Borang yang boleh dimuat turun bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  4. Contoh borang yang telah diisi untuk rujukan awam.
  5. Penyeragaman perkhidmatan antara negeri-negeri.
  6. Penyeragaman borang perkhidmatan antara negeri-negeri.
  7. Borang-borang perkhidmatan yang boleh dimuat turun dibekalkan dalam format PDF yang tidak boleh diubahsuai.
  8. Perkhidmatan diatur mengikut kategori untuk kemudahan semua.
  9. Borang yang boleh dihantar secara online.
  10. Menyediakan penjejakan secara online untuk borang-borang yg dihantar.
  11. Menyediakan laporan statistik dan pengurusan/pentadbiran untuk pegawai/pentadbir yang berkenaan.
Komuniti Sasaran
  1. Kumpulan sasaran untuk komuniti adalah seluruh penduduk negeri Perak. Ini adalah untuk melengkapkan skop projek EPS 1 yang hanya meliputi beberapa kawasan. Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak pula akan diimplementasikan di seluruh negeri.
  2. Tiga komuniti besar berikut telah dipilih akan mendapat manfaat daripada projek ini:
    • a. Agensi-agensi dan jabatan-jabatan negeri Perak
    • b. Rakyat berpengetahuan di negeri Perak
    • c. Komuniti Perak yang lain melalui Pusat Komuniti IT (PKIT)
Matlamat dan Objektif Projek
  1. Memulakan laman web Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak di peringkat negeri untuk mengkaji kesannya terhadap kerajaan dan komuniti dalam hal-hal campurtangan (meliputi ke peringkat kebangsaan)
  2. Membolehkan pengelektronikan perkhidmatan awam kerajaan Perak
  3. Memodernisasikan, menyatukan dan mengatur semula pelbagai initiatif kesemua agensi dan jabatan kerajaan
  4. Membina satu pusat komuniti untuk mengakses perkhhidmatan awam terhadap meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
  5. Memupuk tabiat/budaya komuniti menggunakan perkhidmatan atas talian melalui PKITS
  6. Bagi membolehkan penglibatan komuniti secara elektronik ke arah pengawalan yang baik
  7. Menggalakkan pernyertaan transaksi antara Kerajaan-kepada-Masyarakat (G2C) dan Kerajaan-kepada-Perniagaan (G2B)
Manfaat
  1. Komuniti boleh mengakses perkhidmatan secara bebas/tanpa halangan melalui satu pusat atas talian(online center)
  2. Rakyat boleh berkomunikasai dengan kerajaan dalam perlbagai cara, iaitu:
    • a. Maklumbalas- Rangkaian untuk memberi cadangan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dalan Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak.
    • b. Forum- membolehkan rakyat menghantar mesej dan komen.
  3. Menggalakkan hubungan proaktif antara kerajaan dan masyarakat (G2C)
  4. Menerima notifikasi tarikh tutup melalui e-mel bagi permohonan yang dihantar melalui Gerbang Mesra Rayat Negeri Perak
  5. Muat turun, hantar dan kesan/jejak permohonan secara online
  6. Membolehkan kerajaan negeri Perak memperbaiki tahap perkhidmatan awam kepada masyarakat
  7. Menggalakkan penyertaan daripada masyarakat melalui jawatankuasa kerja PKIT
  8. Mengurangkan ruang digital bagi penduduk negeri Perak